Search This Blog

Thursday, 29 December 2016

SEMBANG KOPI-BISNES PART 1.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Pagi2 ni.
Nak sentuh tentang business la.
Skop bisnes ni luas sebenarnya.
Ok...
Saya kecilkan skop.

In shaa Allah ada ruang dan kesempatan
Kita cerita bab skop yang lain pula ya.

Baik.
Tahukah anda bahawa berniaga merupakan Sunnah Nabi S.A.W.?
Ya,berniaga itu Sunnah.
Rasanya semua orang tau kot.
Hehe

Ok.
Bila kata Sunnah
Pasti banyak mehnah
Sebab itu
Hati kena sado
Jiwa kena kental.

Kalau buat bisnes sekadar cuba2
Hasilnya mungkin tak sama dengan orang yang buat bisnes secara berkobar2
Mesti beza,kan?

Kat sini dah nampak
Bahawa sebenarnya
Allah nak latih kita banyak nilai2 murni.
Rasanya orang yang berniaga fahamlah apa maksud saya

Saya orang bisnes juga
Tapi biasa2 saja
Yang penting nya kan pengalaman
Tapi ada niat juga
2017 ni nak berjaya dalam bisnes.
In sha Allah
Mohon doa nya ya
Aamiin...

Lain kesempatan kita sembang lagi ya
Nak tau saya jual apa?

Check-it out with the next episode.
See ya!

Ma as salamah
Wa ilal liqa'

Ukhwah Semakin Berkembang: Tazkirah Maghrib USB- 03/04/2016

Ukhwah Semakin Berkembang: Tazkirah Maghrib USB- 03/04/2016: �� Usrah Sinaran Bahagia �� ✏️ Tazkirah Maghrib USB- 03/04/2016 ❤️ 27 Rejab 1437 ✨ بسم الله الرحمن الرحيم ��Hebatnya air ...

KELUARGAKU SYURGAKU.


Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Inspirasiku.
Ya,mereka inspirasiku.
Merekalah keluargaku.
Dunia akhiratku.

Kita terdidik dari seorang ayah dan ibu
Yang sentiasa tanpa jemu
Mencurah kasih juga ilmu
Pada mana yang tak perlu
Mereka menasihatiku.


Itu cerita saya.
Cerita anda tentang keluarga pula bagaimana?

Ini gambar percutian kami
16-18 Disember 2016
Di Glory Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.
Cantik pemandangannya;bukan?

Allah titip orang yang kita sayangi
Sepanjang ranjau hidup ini
Agar kita tak sepi
Dari rahmat Ilahi
Hargai.

Teringat kata2 ustaz saya

Cintai ALLAH
Sayangi sesama manusia.
       
                              'Ustaz Omar,
                        PLKN Padang Hijau,
                               Kluang,Johor.

Semoga berhikmah.
Salam Asar 4 rakaat.
 


Wednesday, 28 December 2016

UJANA HATI-musafir diri.

Permusafiran ini
Merungkai sebuah misteri
Siapa empunya sisi
Kamu hanyalah episod mimpi
Dan aku akan pergi.

Tapi syukran juga
Kau buat mindaku terbuka
Bahawa hidup ini bukan selalunya bahagia.

Dah berlapang dada
Pasti berhikmah.

Lebuhraya ini
Buat aku terhenti
Di R&R ini
Selamat tinggal.

-s.s-

Hikmah.
Semua yang terjadi
Pasti bersebab.

Dugaan mematangkan diri.




BALANCING.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Hidup ini perlukan keseimbangan.
Balancing.
Apa yang kurang,ditambah.
Apa yang lebih,dikurang.

Kalau difikirlah kan...
Hukum balancing ini pun
Membawa kita lebih dekat kepada Pencipta kita.

Sebab apa tau?
Sebab.
Kalau semua benda sempurna,
Tiadalah kita saling memerlukan.

Ya lah kan.
Semua orang boleh buat semua benda sendiri.
Baju jahit sendiri.
Kasut buat sendiri.
Sampaikan nak masuk tandas pun.
Tandas buat sendiri.

Ada logik tak?

Dan.
Ini juga membenarkan firman Allah.
Maafkan saya tak ingat surah.
Tapi pemahamannya.
Setiap benda dicipta berpasangan.
Supaya saling melengkapi.
Nice,right?

Maka.
Yang kurang,tolonglah topup mana yang perlu.
Yang lebih,sedekah2 lah kat orang lain.

Semoga berhikmah.

Akhir kalam,
Ada barakah
Di dalam sunnah.

Lain masa saya  kupas tajuk ini pula ya.
Menurut perspektif saya lah.
Mungkin ada betul
Mungkin juga salah.

Ikhlas,
Aku Yang Kurang.

Ma'as salamah
Wa ilal liqa'.

TIADA KATA KALAULAH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Tahukah
Bahawa hidup ini indah
Kalau tiada kata kalaulah
Di dalam kamus istilah
Kehidupan penuh mehnah.

Kalaulah aku tak ke sana kelmarin
Pasti aku takkan terluka.

Sedarlah
Semua yang terjadi
Atas izin-Nya jua
Ya,semua.

Maknanya...
Kalau tu memang tak boleh pakailah?
Ya,tak boleh pakai dalam konteks kehidupsn
Istilah tetap ada.

Kalau belajar ilmu Tauhid juga
(Ilmu mengenal Allah Tuhan kita)
Kalau kita cakap...
Kalaulah aku tak makan kat kedai tu
Mesti aku tak keracunan makanan..

Sebenarnya
Itu menyalahi hukum takdir.
Sebab.semua Allah dah tentukan.
Semua Allah dah aturkan
Atas usaha dan kehendak kita yang menentukan.

Kena tanya ustaz berkait bab ini ya.
Saya bukan ahlinya.
Hanya menyampai sekadar kefahaman saya yang dangkal.

Tegurlah andai saya silap.

Kesimpulan:
Redhailah ketentuan Ilahi.
Itu 'aqidah ahli sunnah wal jama'ah.
Islam itu indah.

Salam penuh hikmah,
Subuh penuh barakah.

PERSPEKTIF HIDUP.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Menelusuri denai kehidupan
Membawa derap langkahan kaki ke susur impian.
Namun tak semua kesampaian
Pada takdir yang terhenti
Redhalah kepada Ilahi.

Takdir kita takkan sama
Ujian juga pasti berbeza
Kalaupun ujian kita sama
Penyelesaian kita berbeza.

3+7=10
6+4=10

Dua- dua betul
Dua-dua tak salah.
Cuma angkanya yang berbeza.

Itulah kehidupan.
Ada yang cepat bertemu takdir terindah
Ada pula menempuh mehnah
Bersyukurlah.

Akhirnya kita kan sedari
Semua diberi dari Ilahi.

Hikmah?
Renungkanlah sendiri.
Pasti kau jumpa jawapanmu tersendiri.

Terima kasih sudi
Berkunjung ke teratak hikmahku.

-alam p,s.alam-

Tuesday, 27 December 2016

KURANG JUGA LEBIH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

I admit that I'm a perfectionist.
Tak suka tengok benda bersepah.
Ya,ciri2 orang yang perfectionist itu ada pada diriku.
Ya,itu juga adalah kelemahanku.

Ingat orang perfectionist ni tak ada cabaran ke?Ada.cabarannya,dia akan overthinking.
Sebab apa tau.Sebab semua benda dia nak manage.Nak organize.

Sebab itu.Tiada manusia sempurna di muka bumi ini.Kecuali para Rasul dan Nabi.

Hikmah.
Setiap yang kurang,pasti ada yang lebih.
Setiap yang lebih,pasti ada yang kurang.

Hikmah.
Allah Maha Sempurna.

Hikmah.
Berlapang dada terima kekurangan diri.

Dan.
Teringat Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj ada kata:
Berjayalah melalui kekurangan diri.

Kita semua boleh berjaya.
Kita yang lebih,boleh berjaya.
Kita yang kurang,boleh berjaya.

Sahutlah seruan Allah.
Hayya 'alal Falah.
Marilah menuju kejayaan.

Jom.sama2 ambil ibrah.
Dari penciptaan alam nan indah.

Sunday, 25 December 2016

SERUAN JIHAD

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Bukanlah namanya pergi berperang
Andai baliknya baju bersih tiada terkena peluh

Bukanlah namanya pergi berperang
Andai pulangnya tiada luka tertoreh

Bukanlah namanya pergi berperang
Andai sebelum bertempur tidak dipersiapkan senjata ampuh melawan musuh.

Perangilah hawa nafsumu.
Itu jihad yang paling utama.

Nafsu ingin bercantik2 berlebihan
Perangilah.

Nafsu ingin lebih segalanya dari orang lain 
Perangilah.

Usah jadi hamba nafsu
Nanti kau lesu 
Terkulai layu
Di lautan madu.

Biar jasadmu terpenjara
Tapi jiwamu merdeka
Dari jajahan raja nafsu.

ALLAH yang kutuju.
Jihadlah.

SEMILIR RINDU UNTUKMU.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Ayunan langkahan kaki ini
Membawa aku ke daerah baru
Daerah yang kurasa dekat di hati
Dar al-Ehsan.

Aku yakini
Pasti akan kutimba ilmu yang baru
Andai aku gigih mencari mutiara ilmu
Dengan memandang langit yang terbuka
Ya,pintu hatiku juga mesti kubuka
Aku harus lapangkan dada.

Tapi
Angin semilir rindu
Mendesah lara di hatiku
Pada kenangan yang tercipta
Di desa tercinta
Kala bersama aku menggali ilmu
Di ladang pondok
Di kaki bukit desaku.

Allah...
Beri aku kekuatan.

Semilir rindu ini buatmu
-koperasi-

Monday, 19 December 2016

LA TAHZAN.

ASSALAMUALAIKUM sahabat2 semua...

Hujan turun dengan lebatnya malam kelmarin.Dan mata ini masih belum mahu terpejam lagi.Seakan alam faham isi hati ini.Namun aku terus tersedar.Usah biarkan hati terus menangis,sederas hujan yang turun.

LA TAHZAN.INNALLAHA MA'ANA.
Jangan bersedih.Sesungguhnya Allah bersama-sama kita.

Orang kata,
Biarlah orang buat apapun pada kita.
Tapi jangan kita buat orang.

Bukankah ALLAH bersama-sama orang yang sabar?
Saat teraniaya,itu juga saat yang perlu kita syukuri.
Kerana,saat itu,pintu-pintu langit terbuka luas untuk kita.
Bukankah doa orang yang teraniaya itu tiada hijabnya?

Indah.
Ungkapan kata LA TAHZAN itu berjaya memujuk hati ini yang sedang berduka.

Dugaan yang kita lalui ini tiada bandingnya dengan dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh para rasul dalam usaha untuk menyebarkan syiar Islam yang mulia.
Betapa insan agung Nabi Muhammad S.A.W. melalui pelbagai rintangan,tohmahan,dan sebagainya.
Bahkan sehinggalah saat entri ini ditulis,ada sahaja lagi manusia bertopengkan syaitan di luar sana yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ujianku ini sekelumit cuma.
QOWIYY.
Aku perlu kuatkan semangat.
Bukankah Mukmin yang kuat itu lebih dicintai ALLAH?

Dalam Surah ar-Rahman,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan?

Tidakkah ayat ini menjadikan kita bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?
Ya,termasuklah nikmat dugaan.Dugaan pasti bersalut hikmah.

Aku bukan siapa-siapa.
Hanya insan kerdil yang ingin juga mencoret tinta buat ibrah semua yang sudi membaca.
Segala kekurangan datangnya dari diriku sendiri.
Dan kebaikan semua datang dari ALLAH.

Akhir kalam dariku,

Pandanglah sesuatu perkara dengan mata hati.
Semua yang terjadi,atas izin ALLAH jua.
Musibah yang menimpa juga.Semua atas kehendak ALLLAH jua.