IMAN MEMACU KEHIDUPAN
Terkadang,dalam mengejar Jannah ALLAH,kita terleka dek terpana akan indahnya hiasan dunia yang fana.Namun,usah leka dan lalai.Carilah redha Ilahi.Moga hati kan tenang.AMIN...
Search This Blog
Friday, 18 June 2021
PESAN BUAT KAWAN.
Thursday, 10 June 2021
RINDU YANG BERTAMU
Potret ibu dan ayah kurenung
Benar
Sudah ada garis2 halus di wajah mereka
Lalu ingatanku pada memoir indah
Kala aku masih di desa
Kala aku masih bersama
Duduk sebumbung dengan ibu dan ayah
Segar dalam benak fikiranku.
Air jernih
Mula bertakung
Di kelopak mata
Lalu tumpah membasahi pipi
Deras sungguh air mata ini
Sederas hujan yang turun
Tika ini.
Ibu
Ayah
Kini aku jauh
Jauh di rantau orang
Jauh dari desa tercinta
Dan
Kerana cinta ini kepada separuh jiwaku
Ku kuatkan juga jiwa raga
Merantau bersama dia
Di daerah asing ini.
Sekadar mencoret rasa
Demi melepas rindu
Aku pun tak tahu
Sampai bila pandemik ini
Memisahkan raga kita.
Sungguh
Rindu yang mencengkam
Terkadang membuat aku bungkam
Terdiam seribu bahasa
Tiada kata yang mengungkap pedih di hati ini
Dek rindu
Yang sentiasa bertamu
Di ruang kalbu.
Covid
Nyah kau dari dunia!
Lenyapmu dinanti
Seluruh pelusuk bumi.
🍃limau Kasturi🍃
2.52 p.m.
10/06/2021
Proton City,Perak.
Saturday, 20 February 2021
Nukilan Kata.
Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..
Ingin kunukilkan rangkaian aksara
Menjadi bait bait kata
Yang pada nya terukir syukur
Pada takdir-Mu yang terindah.
Allah
Pada titian takdir-Mu aku berjalan
Terkadang kaki berdarah tertusuk duri
Namun aku tetap pasrah
Kerana aku percaya pada janji-Mu
Pasti di depan sana
Ada pelangi 7 warna
Terukir indah di dada langit
Untuk kutatap di senja hari.
Allah
Kerana kutahu takdir-Mu terindah
Hanya redha-Mu kupinta
Pimpinlah aku ke jalan-Mu.
Thursday, 24 September 2020
Menggapai Redha-Nya.
Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..
Salam Jumaat penuh barakah.
Di pagi Jumaat yang mulia ini,ingin saya berkongsi secebis dua kata.
Sahabat,apa pun yang kita lakukan,biarlah perkara itu,di dalam redha-Nya.
Saya pernah dengar ustaz berkata,
Kalau kita nak lakukan sesuatu.Tanya dulu pada diri."Kalau aku buat macam ni,Allah redha tak?"
Tapi..
Saya pun akui bahawa memang susah nak bertanya sedemikian rupa,kerana kita ini sebagai insan biasa..Terkadang tergelincir dari landasan yang betul.
Saya bagi satu contoh.
Bila kita dress up nak keluar dari rumah.Cuba kita fikir.Dan tanya pada diri sendiri.
"Aku pakai baju macam ni.Seluar macam ni.Tudung macam ni.Allah redha tak?"
Sahabat,
Marilah kita sama-sama.Pimpin tangan menuju Redha Allah.Kerana saat Kita dapat dunia,tapi kita lupa akhirat.Kita lupa Allah.
Ketahuilah olehmu.Bahawa semua Yang kau lakukan selama ini.
Sia-sia belaka.
Sahabat,tegurlah aku bila aku silap.
Friday, 14 August 2020
KITA YANG ALPA.
Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..
Malam ini
Ingin ku nukilkan kata
Menjadi untaian rasa
Agar kita semua
Kembali kepada-Nya.
Kita
Seringkali alpa
Pada Yang Maha Esa.
Bila kita di puncak jaya
Mengapa kita terus saja terlena
Dibuai indahnya dunia?
Terkadang
Berada di bawah itu
Adalah tarbiyah dari Allah
Supaya kita tidak terus terleka.
Bangunlah
Dan taat pada-Nya
Kerana kita
Adalah hamba-Nya
Yang akan kembali
Pada-Nya
Bila2 masa saja.
Semoga kata2 ini berhikmah
Buatku dan buatmu.
Thursday, 6 August 2020
CUKUPKAH AMALANKU?
Assalamualaikum wahai sahabat2 alam mayaku sekalian..
Alhamdulillah,
Syukur Pada ALLAH.. Kerana detik ini, Allah masih berikan nikmat usia kepada kita..
Tapi.
Ingin saya mengajak kalian
Untuk berfikir sejenak.
Fikir apa?
Ya,cuba kita semua fikirkan satu perkara.
Usiaku semakin hari semakin bertambah.Bila usia ini semakin bertambah, bermaksud bahawa semakin dekatlah waktu untuk kita semua kembali pada-Nya..
Persoalanku pada semua(termasuk diriku sendiri)..
Cukupkah amalanku selama ini?
Bagaimana nanti aku hendak kembali pada-Nya?
Sama-sama kita renungkan.
Salam Jumaat Penuh Barakah.