Search This Blog

Monday, 14 March 2016

HATI,NAFSU,IMAN.

ASSALAMUALAIKUM...

Andai dunia ini hanyalah singgahan sahaja,
Kenapa berlelah kejar dia?

Andainya suatu pelayaran ada nakhoda,
Siapa mengemudi kapal diri?
Adakah nafsu?
Barangkali hati lebih meraja?
Mana pergi sekelumit iman?

Kalaupun dunia tertinggal sebentar,
Adakah dunia bakal mengejar?

Beri masa
Tanya diri
Adakah kita terlalu mengejar yang fana?
Akhirat di mana?
Ada di hati tak?

Kalau tiada
Kau cuba renung.
Kenapa ada ketika
Yang dikejar semua terlepas
Yang kau tak mahu
Itu yang perlu

ALLAH memanggilmu 5 waktu
Adakah iman masih di situ?

Kalau panggilan si kekasih bisa kau sambut dengan nada lunak manja
Mengapa ALLAH mengajakmu berjaya
Isyak .Zohor.Asar.Maghrib.Subuh.
Di mana sang raja hati sendiri?
Adakah nafsu yang sentiasa kenyang yang meraja?

KADANG-KADANG
KITA PERLUKAN KEGELAPAN
UNTUK MELIHAT CAHAYA.
TAPI SEMUANYA TIADA ERTI
BAGI YANG MATI HATI.

Hikmah.
Mengapa mata tergerak untuk membaca?

ALLAH YANG KUTUJU.
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.

No comments: