ALLAH telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk yang ada di alam semesta ini.Tidak kira sama ada manusia,haiwan,mahupun tumbuhan,dijamin ada rezeki baginya.Itu janji ALLAH.
Cumanya,kita sebagai khalifah di muka bumi ini sepatutnya berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki.Bukan bermalas-malasan di rumah sambil menunggu rezeki jatuh selepuk di depan muka kita.Usah jadi orang yang malas untuk berikhtiar.
Tapi,adakah anda tahu bagaimana untuk menarik rezeki datang bergolek kepada kita?Bagaimana caranya untuk memperoleh rezeki dengan mudah?Nah,ini ada sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kepada anda wahai pembaca budiman...
Antara amalan yang bisa menjadi MAGNET REZEKI adalah:
- Berpagi-pagian dalam melakukan tugasan.Tidak kira sekecil apapun urusan itu,sebaik-baiknya selesaikanlah segera.
- Menjalin silaturrahim.ALLAH adalah al-Rahim dan suka kepada orang orang yang menjaga silaturrahim.Ditambah dengan ledakan teknologi pada zaman kini,maka tidak ada sebarang alasan langsung untuk kita mengatakan bahawa kita tidak berkesempatan untuk menghubungi ibu,ayah,adik beradik dan sahabat handai.Gunakan teknologi untuk kebaikan.Facebook,Whatsapp,Wechat...Gunakanlah ia untuk menghubungi dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
- Bersedekah.Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman yang terlukis indah di bibirmu,cukuplah andainya hanya itu yang mampu kau berikan.Tapi,andai kau punya sedikit harta untuk dikongsikan bersama insan lain,apa salahnya andai kau berkongsi rezeki itu kepada orang lain.Bak kata pepatah orang putih,"WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK."Belajarlah untuk banyak memberi.Bukankah tangan yang di atas itu lebih mulia berbanding tangan yang berada di bawah?
- Solat Dhuha.Solat Dhuha adalah solat yang paling kuat magnetnya untuk menarik rezeki.Kerana apa?Bukankah ALLAH Maha Pemberi Rezeki?Maka pohonlahuntuk diluaskan rezeki kita semua...
No comments:
Post a Comment