Search This Blog

Monday, 24 February 2014

KANTA MATA POSITIF.

ASSALAMUALAIKUM...

Wahai saudara saudari yang dihormati sekalian...
Mari kita pakai kanta mata positif.Kanta mata yang bisa menjernih dan memulihkan pandangan kita dari segala macam ujian dan dugaan yang datang dalam hidup kita.Kanta mata positif?

                                       Ya,KANTA MATA POSITIF!

Tapi mungkin ada yang sedang membaca entry ini bertanya semula kepada diri sendiri.Apa itu kanta mata positif?Syabas saya ucapkan kepada si penanya itu.Bukankah berfikir itu buah akal?Berfikir akan yang baik baik juga adalah pahala.Pasti akan diganjari ALLAH.

Berbalik kepada perbincangan kita tadi.Apa itu kanta mata positif?
KANTA MATA POSITIF ADALAH KANTA MATA YANG DIPAKAI OLEH ORANG ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF.


Semoga ada manfaatnya entry ini kepada anda dan saya juga.




MAGNET REZEKI.

ASSALAMUALAIKUM...

ALLAH telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk yang ada di alam semesta ini.Tidak kira sama ada manusia,haiwan,mahupun tumbuhan,dijamin ada rezeki baginya.Itu janji ALLAH.

Cumanya,kita sebagai khalifah di muka bumi ini sepatutnya berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki.Bukan bermalas-malasan di rumah sambil menunggu rezeki jatuh selepuk di depan muka kita.Usah jadi orang yang malas untuk berikhtiar.

Tapi,adakah anda tahu bagaimana untuk menarik rezeki datang bergolek kepada kita?Bagaimana caranya untuk memperoleh rezeki dengan mudah?Nah,ini ada sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kepada anda wahai pembaca budiman...

Antara amalan yang bisa menjadi MAGNET REZEKI adalah:


  • Berpagi-pagian dalam melakukan tugasan.Tidak kira sekecil apapun urusan itu,sebaik-baiknya selesaikanlah segera.
  • Menjalin silaturrahim.ALLAH adalah al-Rahim dan suka kepada orang orang yang menjaga silaturrahim.Ditambah dengan ledakan teknologi pada zaman kini,maka tidak ada sebarang alasan langsung untuk kita mengatakan bahawa kita tidak berkesempatan untuk menghubungi ibu,ayah,adik beradik dan sahabat handai.Gunakan teknologi untuk kebaikan.Facebook,Whatsapp,Wechat...Gunakanlah ia untuk menghubungi dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
  • Bersedekah.Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman yang terlukis indah di bibirmu,cukuplah andainya hanya itu yang mampu kau berikan.Tapi,andai kau punya sedikit harta untuk dikongsikan bersama insan lain,apa salahnya andai kau berkongsi rezeki itu kepada orang lain.Bak kata pepatah orang putih,"WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK."Belajarlah untuk banyak memberi.Bukankah tangan yang di atas itu lebih mulia berbanding tangan yang berada di bawah?   
  • Solat Dhuha.Solat Dhuha adalah solat yang paling kuat magnetnya untuk menarik rezeki.Kerana apa?Bukankah ALLAH Maha Pemberi Rezeki?Maka pohonlahuntuk diluaskan rezeki kita semua...
                                                                                                         

Saturday, 22 February 2014

HADIAH DARI SEBUAH KEMAAFAN.

ASSALAMUALAIKUM...

Andai bisa kuberbicara dengan santun berhikmah dalam segala situasi,alangkah indah dan tenangnya rasa hati ini.Aku mengaku dan aku sedar akan hakikat bahawa aku juga insan biasa yang tidak mampu menahan kemarahan.

Ya,aku hanya INSAN BIASA.

Tapi,adakah ini akan ku hujahkan nanti di hadapan ALLAH andai ditanya mengapa aku bermasam muka dengan teman temanku hanya kerana sebuah kemarahan?
Hanya kerana sebuah dendam,aku sanggup mengetepikan segala memori dan momen indah yang wujud dalam sebuah persahabatan.
                                                  TIDAK SAMA SEKALI!!!

.Jangan jadi manusia yang ego.Besarkanlah egomu itu,dan nanti kau akan lihat apa hasilnya.Nanti akan kau lihat bahawa insan lain hanya akan lebih menjauh darimu.Mahukah kamu untuk keseorangan menempuh liku hidup ini?Mampukah kamu hidup tanpa teman?Tanyalah kepada dirimu sendiri dan jawablah sejujurnya.

Maka dari  itu,mengapa perlu besarkan egomu itu?Buanglah jauh jauh perasaan iru.Kemarahan hanya akan memakan dirimu sahaja.Ingatlah wahai hati.

                                    "SABAR SELAGI MAMPU.
                                 MAAFKAN SELAGI TERDAYA"

Kau juga insan biasa yang tak lepas dari melakukan dosa.Bayangkan kamu di tempat orang yang sedang kau benci.Mahukah kamu untuk dimaafkan?Jika jawapanmu adalah "Ya,aku ingin dimaafkan."Kau maafkanlah.Orang yang pemaaf adalah orang kuat dan kental jiwanya.

HADIAH TERBAIK UNTUK SEORANG MUSUH ADALAH KEMAAFAN.

Andai kau bisa memaafkan orang lain,ucapkan tahniah pada dirimu kerana kau insan yang kuat!