Search This Blog

Saturday, 29 March 2014

HAKIKAT BAHAGIA.


Judul : Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com

Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang 

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki 

Thursday, 27 March 2014

PERSIMPANGAN ANTARA 2 DILEMA...

ASSALAMUALAIKUM...

Sahabat2 yang saya kasihi sekalian...

Cinta insan bernama kasih sering mengecewakan.
Kasih yang belum sah pasti buat kita resah.
Walau cinta mati pada dia,namun jika dia bukan tertulis untuk kita,takkan jadi milik kita selamanya.


Serahkan segalanya pada Dia.Dialah yang menggenggam hati kita.Yang Maha Pemilik cinta pasti lebih mengasihi kita.Dia pasti akan merencanakan yang sebaiknya untuk kita.

KITA MERANCANG DENGAN IMPIAN,
TAPI ALLAH MERANCANG DENGAN KASIH SAYANG-NYA.



Saturday, 22 March 2014

MEREDHAI KETENTUAN ILAHI.

ASSALAMUALAIKUM...

Para pembaca budiman..

REDHA
.Satu perkataan yang mengundang pelbagai persoalan dalam diri insan kerdil seperti saya ini.
REDHA.
Senang diungkap berbanding menerima.

Namun,walau apapun yang terjadi..Redhalah menghadapinya.Walau sesukar manapun dugaan yang sedang ditempuhi..Redhakan dan ikhlaskan diri mengharunginya.Tapi...lumrah insan..Sering mempersoalkan takdir Ilahi.Mengapa aku diuji sebegini?Mengapa aku diuji seberat ini?Usah mempersoalkannya lagi.Kerana sesungguhnya...

Ketahuilah bahawa semakin kuat kita diuji,semakin perkasalah jati diri yang ALLAH ingin bentukkan dalam diri kita.Itu hipotesisnya.


Monday, 3 March 2014

KUNCI KETENANGAN.

ASSALAMUALAIKUM...

"Orang yang tidak berdosa pasti tenang.
Orang yang tenang pasti tiada masalah."-Dr HM Tuah Iskandar al Haj.

Cuba anda renungkan kembali kata-kata di atas.Ada benarnya,bukan?Saya masih mengingati lagi kata-kata beliau semenjak saya terbaca akan nukilannya ini dalam Mingguan Wanita pada keluaran tahun 2006.Kerana saya masih berpegang kepada kata-katanya ini hinggalah sekarang.

Mengapa kita ada masalah?
Mengapa kita diduga?

Hanya orang yang gila sahaja yang tidak mempunyai masalah untuk difikirkan dan diselesaikan.Anda pernah lihat orang gila ada masalah?Rasanya belum pernah lagi saya terjumpa orang yang gila yang mengaku dirinya bermasalah.Maka dari itu,adalah normal kita ini sebagai manusia normal mempunyai masalah.Selagi kita berurusan dan bergaul dengan masyarakat amnya,pasti kita akan sedikit sebanyak terjebak dalam masalah.Sama ada kita sebagai pencetus masalah,ataupun orang lain yang menimbulkan maslah tersebut.
                                      ITU ADALAH NORMAL!
Cuma persoalannya di sini,adakah masalah tersebut semakin mendekatkan atau lebih menjauhkan diri kita dari ALLAH Yang Maha Esa?Jawapannya,semua bergantung kepada bagaimana kita mengurus masalah tersebut.Percayalah bahawa;

                      DENGAN MENGINGATI ALLAH,HATI AKAN MENJADI TENANG.

Bagaimana caranya untuk menggapai ketenangan yang kita impikan walaupun terlalu banyak masalah menghimpit kita saban hari?

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips untuk menggapai ketenangan.


  • Banyakkan Zikrullah.Zikirlah kepada ALLAH.
  • Bacalah al-Quran.
  • Insafi kesilapan kita dan cuba perbetulkannya.Koreksi diri.Di mana punca masalah tersebut.
JADILAH INSAN HEBAT YANG MEMANDANG MASALAH SEBAGAI BATU LONCATAN UNTUK BERJAYA.BUKANNYA MASALAH SEBAGAI BATU PENGHALANG UNTUK BERJAYA.

Sekian dari saya untuk entry ini.Terima kasih kerana sudi membaca...