Search This Blog

Friday, 22 January 2016

MENGUTIP HIKMAH.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

ASSALAMUALAIKUM ya akhi wa ukhti,

MENGUTIP HIKMAH
ADAKAH MUDAH?
YANG SUKAR
PASTI DIGANJAR
POKOKNYA IKHLAS.

HIKMAH.Berbicara mengenai hikmah,cuba telusuri makna yang tersirat di sebalik kata HIKMAH.

Memetik makna perkataan HIKMAH daripada carian laman web pusat rujukan persuratan Melayu,
hikmah berasal daripada Bahasa Arab.Kata HIKMAH bersinonim dengan kebijaksanaan,kebijakan,kebestarian,kecerdikan,dan kepandaian.

Kata HIKMAH juga bersinonim dengan rahmat-faedah,kebaikan,manfaat,fadilat,dan keuntungan.

Untung hari ini mungkin juga kerana HIKMAH rugi semalam.
Senang hari ini mungkin juga kerana HIKMAH susahnya semalam.

HIKMAH sebenarnya menjadikan kita lebih dekat dengan PENCIPTA ( al-Khaliq)

APAKAH HIKMAHNYA ANDA TERBACA CORETAN ANA INI?
Mari mengutip hikmah!

Semoga entri ini bermanfaat.
Sesungguhnya segala kelemahan datangnya dari diriku sendiri.
Segala KESEMPURNAAN hanyalah untuk ALLAH.

Wallahu a'lam.



Tuesday, 19 January 2016

MENUJU SIFAT MUKMIN SEJATI.

Assalamualaikum semua...

Dalam menjalani kehidupan,terkadang apa yang kita perolehi bukanlah seperti yang diharapkan.Selalu begitu.Dan sebagai insan biasa,pastinya kita kecewa.Namun,pernahkah kita terfikir bahawa apa yang kita perolehi itu adalah satu rahmat dari Allah untuk kita.

Kita hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.Yang kekal hanya di akhirat nanti.Apa pun yang kita lakukan,sebenarnya matlamat hidup kita sama,iaitu menuju Allah Yang Satu.Maka dari itu kita diuji dengan pelbagai dugaan.

Kita ini sebagai insan kerdil kadang-kadang menyalahkan takdir.

"Kenapa aku tak dapat sekian-sekian?
Kenapa kawan aku dapat itu?
Kenapa asyik aku yang dapat yang buruk-buruk?"

Tapi,akan tiba satu saatnya,apabila kita toleh kembali denai-denai yang kita lalui suatu masa dulu,lakaran kanvas kehidupan yang tercoret 1001 kisah duka dan lara.Tiba-tiba kita tersenyum sendirian,lantas berkata kepada diri sendiri,

"Alhamdulillah.Terima kasih Allah.
Rupa-rupanya ini yang ingin kau berikan kepadaku.
Kau berikan aku ketabahan hati dan rasa ingin bergantung harap hanya kepada-Mu.
Allah...Aku bersyukur atas nikmat-Mu Ya Allah."

Bila saat itu tiba,itu adalah tarbiyah untuk sang hati agar sentiasa redha dengan takdir Allah.
Bukankah itu salah satu sifat orang mukmin?

Orang mukmin sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dalam apa jua yang dilakukannya.Semoga kita semua memperoleh Hidayah daripada Allah.Semoga kita lebih dekat dengan Allah,seiring pertambahan usia kita.

Sesungguhnya,Allah bersama-sama orang yang sabar.