Search This Blog

Tuesday, 29 March 2016

MUTIARA BUATMU SAHABAT.

ASSALAMUALAIKUM...

Sungguh hidup ini sementara cuma.
Nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita usah dipersia.
Kalaupun hari ini kita berduka,
Tenanglah wahai hati.
Duka pasti berganti.
Mana tahu esok ada gembira yang bakal dirai?

Sungguh hidup ini banyak dugaannya.
Tempuhilah,usah cepat melatah.
Kita kan hamba ALLAH.
Memang selayaknya kita diuji.

Kalaupun esok seakan sudah tiada sinar buat kita,
Tetaplah terus melangkah.
Teruskan berjalan.
Walaupun jalanan penuh ranjau berduri,
Cekallah wahai hati.
Mana tahu di depan sana,
Ada permata ganjaran kesabaran kita?

Sungguh terkadang hati lelah,
Terlalu banyak yang datang mencelah,
Meski kan dah tak upaya,
Kau punya sejadah,
Sujudlah pada ALLAH.

Akhirnya kau akan faham,
Segala yang terjadi,
Ada hikmah yang tersembunyi,
Terpulang kepada diri,
Ingin menelusuri,
Atau biarkan saja,
Hikmah tanpa dikutip.

Tiada yang sia-sia.
                                                            Kita diuji juga bukan sia-sia.

Monday, 14 March 2016

HATI,NAFSU,IMAN.

ASSALAMUALAIKUM...

Andai dunia ini hanyalah singgahan sahaja,
Kenapa berlelah kejar dia?

Andainya suatu pelayaran ada nakhoda,
Siapa mengemudi kapal diri?
Adakah nafsu?
Barangkali hati lebih meraja?
Mana pergi sekelumit iman?

Kalaupun dunia tertinggal sebentar,
Adakah dunia bakal mengejar?

Beri masa
Tanya diri
Adakah kita terlalu mengejar yang fana?
Akhirat di mana?
Ada di hati tak?

Kalau tiada
Kau cuba renung.
Kenapa ada ketika
Yang dikejar semua terlepas
Yang kau tak mahu
Itu yang perlu

ALLAH memanggilmu 5 waktu
Adakah iman masih di situ?

Kalau panggilan si kekasih bisa kau sambut dengan nada lunak manja
Mengapa ALLAH mengajakmu berjaya
Isyak .Zohor.Asar.Maghrib.Subuh.
Di mana sang raja hati sendiri?
Adakah nafsu yang sentiasa kenyang yang meraja?

KADANG-KADANG
KITA PERLUKAN KEGELAPAN
UNTUK MELIHAT CAHAYA.
TAPI SEMUANYA TIADA ERTI
BAGI YANG MATI HATI.

Hikmah.
Mengapa mata tergerak untuk membaca?

ALLAH YANG KUTUJU.
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU.