ASSALAMUALAIKUM...
Menelusuri denai kehidupan,terkadang kaki melangkah penuh silap.Derap kaki yang dihayun,tersilap dalam percaturan.
KESILAPAN.
Ya,kesilapan.Pasti pernah kita lakukan kesilapan dalam membuat keputusan.
Mana ada manusia sempurna?Maka dari itu,kesilapan itulah sepatutnya menjadi guru kita.Kita pasti boleh belajar sesuatu dari sebuah kesilapan.
Sudah tiba masanya.Kaki yang tersilap itu tadi,diperbetulkan kembali langkahnya.Agar kaki itu senada dengan rentak kehidupan bersandarkan sunnatullah.
Usah meratap hiba dengan kesilapan itu tadi.Bukankah semua itu sudah berlaku?
Ayuh,bangkitlah kembali.Atur langkahmu menuju redha ALLAH.
Siapa tahu hikmah di sebalik kesilapan itu tadi.Sebenarnya ALLAH mahu beri kita sesuatu yang berguna di masa akan datang.Hanya apabila kau belajar,dan mengambil iktibar daripada kesilapan itu tadi.
Akhirnya kita akan sedar.Kesempurnaan hanyalah milik ALLAH jua.
Semoga kita semua beroleh hidayah dari ALLAH.
In shaa ALLAH...