ASSALAMUALAIKUM...
Salam Maal Hijrah 1438H.
Dan tahun pun berganti
Usia bertambah lagi
Seharusnya kita mensyukuri
Nikmat umur yang diberi Ilahi
Usia yang bertambah ini
Adakah amalan terus meningkat?
Atau sekadar di takuk lama?
Hijrahlah kita
Bawa bersama semangat bertaqarrub kepada ALLAH
Kerana dunia ini sementara
Akhirat sana perkampungan abadi kita.
Kalaulah kita sedar
Bahawa tiada apa yang kekal milik kita
Nikmat usia ini juga takkan selamanya kita genggam
Satu hari nanti kita kan pulang
Membawa bersama amalan
Setiap apa yang kita lakukan
Raqib dan Atid sentiasa mencatat
Adakah kita masih tidak takut
Masihkah kita ingin terus dalam kemungkaran?
Kembalilah ke pangkal jalan
Berdampinglah dengan al-Quran
Itu suluh pedoman.
1438H.
Datang bersama segunung harapan
Menjadi insan penuh iman
Bertaqwalah kepada Tuhan.
Semoga Hidayah milik kita.
Aamiin...