Assalamualaikum semua...
Hari ini saya nak kongsikan satu doa,iaitu doa untuk sakit kepala.Saya jumpa doa ini dalam Kitab Majmu' Syarif.
Maksud doa ini ialah:
Dengan nama Allah sebaik-baiknya semua nama,dengan nama Allah yang menguasai bumi dan langit,dengan nama Allah yang namanya mengandungi berkah dan ubat,dengan nama Allah yang di tangan-Nya tersedia ubat,dengan nama Allah yang tidak membahayakan bersama nama-Nya racun dan tidak pula penyakit,dengan nama Allah yang tidak membahayakan bersama nama-Nya segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit.
Aamin ya rabbal 'alamin.
Semoga kita semua memperoleh manfaat daripada perkongsian saya kali ini...
In shaa Allah.