Search This Blog

Thursday, 24 September 2020

Menggapai Redha-Nya.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..

Salam Jumaat penuh barakah.

Di pagi Jumaat yang mulia ini,ingin saya berkongsi secebis dua kata.

Sahabat,apa pun yang kita lakukan,biarlah perkara itu,di dalam redha-Nya.

Saya pernah dengar ustaz berkata,

Kalau kita nak lakukan sesuatu.Tanya dulu pada diri."Kalau aku buat macam ni,Allah redha tak?"

Tapi..

Saya pun akui bahawa memang susah nak bertanya sedemikian rupa,kerana kita ini sebagai insan biasa..Terkadang tergelincir dari landasan yang betul.

Saya bagi satu contoh.

Bila kita dress up nak keluar dari rumah.Cuba kita fikir.Dan tanya pada diri sendiri.

"Aku pakai baju macam ni.Seluar macam ni.Tudung macam ni.Allah redha tak?"

Sahabat,

Marilah kita sama-sama.Pimpin tangan menuju Redha Allah.Kerana saat Kita dapat dunia,tapi kita lupa akhirat.Kita lupa Allah.

Ketahuilah olehmu.Bahawa semua Yang kau lakukan selama ini.

Sia-sia belaka.

Sahabat,tegurlah aku bila aku silap.




Friday, 14 August 2020

KITA YANG ALPA.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian.. 

Malam ini

Ingin ku nukilkan kata

Menjadi untaian rasa

Agar kita semua

Kembali kepada-Nya.


Kita

Seringkali alpa

Pada Yang Maha Esa. 


Bila kita di puncak jaya

Mengapa kita terus saja terlena

Dibuai indahnya dunia?


Terkadang

Berada di bawah itu

Adalah tarbiyah dari Allah

Supaya kita tidak terus terleka.


Bangunlah

Dan taat pada-Nya

Kerana kita

Adalah hamba-Nya

Yang akan kembali 

Pada-Nya

Bila2 masa saja. 


Semoga kata2 ini berhikmah 

Buatku dan buatmu.



Thursday, 6 August 2020

CUKUPKAH AMALANKU?

 Assalamualaikum wahai sahabat2 alam mayaku sekalian..

Alhamdulillah,

Syukur Pada ALLAH.. Kerana detik ini, Allah masih berikan nikmat usia kepada kita..

Tapi. 

Ingin saya mengajak kalian

Untuk berfikir sejenak.


Fikir apa? 

Ya,cuba kita semua fikirkan satu perkara.


Usiaku semakin hari semakin bertambah.Bila usia ini semakin bertambah, bermaksud bahawa semakin dekatlah waktu untuk kita semua kembali pada-Nya..


Persoalanku pada semua(termasuk diriku sendiri)..

Cukupkah amalanku selama ini? 

Bagaimana nanti aku hendak kembali pada-Nya? 

 

Sama-sama kita renungkan.


Salam Jumaat Penuh Barakah.


Tuesday, 28 July 2020

"DAH BIASA".

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..

Ingin sekali saya mulakan entry kali ini.. Dengan beberapa pertanyaan,iaitu:

Mengapa kita selalu saja selesa berada di takuk yang lama? 

Takmahu keluar dari kepompong yang lama kita diami? 

Dan adakah sahabat2 selalu mendengar akan ayat:

"Takpalah.. Buat macam tu lah.. Dah biasa"?

Perkataan "Dah Biasa" itu seakan-akan sudah sebati dalam kehidupan kita sehari-hari. 

In my opinion,
Try another option are something adventure.As I like to know.. If the new method benefits me or not. 

Tak salah ye tuan2 dan puan2..
Untuk kita cuba perkara yang baru.. 
Asalkan tak bertentangan dengan syariat.. 

Do you agree with me? 


TERLENA OLEH MIMPI.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

TERLENA OLEH MIMPI.

Mentari baru muncul
Di kaki langit ia terbit
Aku yang terlena oleh mimpi
Seakan pergi dari realiti.

Mentari baru muncul
Dari sisi mana aku tak pasti
Tapi realiti seakan mimpi
Pada sanubari aku terokai.

Mentari baru muncul
Namun aku tetap masih tak pasti
Realiti atau mimpi
Dua-dua diulit memori.

Aku dan mentari
Adakah berjodoh untuk sama merasai
Apa itu takdir?

Mentari
Aku
Mentari dan aku
Sama-sama mencari.

MAC 2017.

ASSALAMUALAIKUM sahabat sekalian...

Mata terpejam
Mata celik kembali
Pejam celik
Pejam celik

MAC SUDAH.

Pantas masa berlari
Hingga tak sedar Ramadhan semakin menghampiri.

Tak kita sedari
Januari.
Februari.
2 bulan sudah kita menempuh mehnah
2bulan sudah ranjau kehidupan untuk 2017 ini kita lalui.

Memoir indah.
Suka duka 2 bulan lalu...
Segalanya yang berlaku
Pasti tetap tersisip rapi dalam kamus kehidupan diri
Namun
Usah terbuai akan indahnya nikmat dunia
Sehingga kau lupa mengumpul harta akhirat.

Hidup di dunia ini
Hanya semata kerana ALLAH
Maka dari itu
Bila kau kecapi nikmat
bersyukurlah.
Namun pabila kau terpilih mengharungi dugaan hidup
Kau patut juga bersyukur.
Kerana
Hidup mati ini
Hanya untuk Ilahi.

PELANGI.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Pelangi.
Ada pelangi muncul kala petang.
Adakala pelangi muncul kala senja.
Tapi pelangi takkan muncul kala pagi.

Pelangi.
Sinonim bahagia.
Biasa bagi pelangi akan muncul 
Setelah kita berlelah.
Jadi kenapa risau 
bila pelangi tiada di tengah hari?

Kita akan jumpa juga
Dengan apa yang bernama pelangi.
Cuma masanya berbeza.

Petang atau senja
Pelangi akan tiba jua
Sabarlah.Itu kuncinya.

Pelangi
Aku rasa macam terjumpa kelmarin.
Itukah pelangi yang disebut2 orang?
Aku tak pasti.

Pelangi.
Di ujana hati.
Jangan pergi.

Oh,itu pelangi!

SEMBANG KOPI-BISNES PART 2.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Hari ini saya terinspirasi
Dari sebekas aiskrim.
Aiskrim?
Ya,aiskrim.

Siapa kat sini yang tak pernah makan aiskrim?
Ada ke orang nak angkat tangan?
Soalan ni macam tak logik lah bunyinya.
Hehe.Saya gurau saja.
Jangan marah aaaaa...nanti kena jual!?

Kalau ada juga lah orang yang mengaku takpernah makan aiskrim...bukan apa...
Saya nak belanja dia
Kenapa?
Tak percaya?
Ini betul,bukan cobaaan...

Apa merepek pagi2 ni
Hehe..saja ja nak hiburkan hati semua pembaca blog saya ini
Kerana saya menghargai anda semua.
Syukran,dear readers out there.

Tadi kita macam nak bincang pasal bisnes part 2,kan?
Maafkan saya.
Rasa macam dah panjang sangat pula entry ini
Kita sambung lain kali lah ya?

Skop kedua bisnes yang saya nak kupas sebenarnya adalah:

Be creative
Be your ownself
Be unique.

Ada kesempatan saya kupas ya.
Dari perspektif saya.




BARAKAH DALAM SUNNAH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Ingat lagi tak?
Tempoh hari saya janji nak kupas tajuk ini

Ada barakah
Di dalam sunnah.

Ya,
Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Banyak fadhilatnya jika kita amalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Saya bukanlah arif mana 
Untuk kupas tajuk yang mulia ini.

Cumanya.
Saya hanya nak mengajak
Semua umat Islam supaya
Mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Apa ya,antara sunnah Nabi S.A.W.?
Ya,makan tangan kanan
Lagi?
Berniaga.
Itu pun sunnah Nabi S.A.W.

Sebut pasal berniaga ni kan
Saya macam terpanggil
Untuk sekadar menegur
Supaya kita ini
Mengamalkan sunnah Nabi S.A.W.
Seraya menurut perintah Allah
Dan menjauhi larangan-Nya.

Allah larang kita syirik
Dah tu kenapa pakai pelaris
Untuk lariskan perniagaan?
Dah tu kenapa tutup periuk nasi orang
Dengan bantuan syaitan?

Allahu...
Kita hidup zaman millenium sudah.
Kenapa masih jahil?

Amalkanlah sunnah
Tinggalkanlah syirik

Mari sama-sama
Perbaiki diri dan keluarga
Destinasi kita kan
Mahu sama-sama masuk syurga
Semoga.
Allahumma aamiin...

Maaf andai bicaraku kali ini
Setajam pisau

Maafkan saya.
Saya hanyalah bercakap perkara sebenar.

Maaf,ya.
Renungkanlah


MEWAH LALU GAH.

Assalamualaikum sahabat2 semua.

Kalau kita mewah
Usahlah terus gah
Lalu lupakan Allah
Mengapakah?

Mewah bukanlah tiket
Untuk bahagia selamanya
Adakah kau sedari
Bahawa mewahmu itu juga
Adalah ujian dari-Nya.

Lihatlah dirimu kala mewah
Adakah kau semakin jauh
Dari jalan Allah?

Atau
Adakah mewahmu itu
Buat kau lebih bersedekah
Dan buat kau semakin hampir
Dengan Yang Maha Kaya?

Usah kau lupa
Dulu kau pun pernah menempuh
Ranjau kepayahan di dunia ini.

Usah semakin kau mewah
Semakin kau pandang rendah
Orang di bawah
Itulah orang yang gah
Usah begitu wahai sahabat.

Ya Allah,
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan orang2 yang Kau beri nikmat
Bukan jalan orang yang kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Kepada Allah Berserah.





SENGKETA KATA.

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Kadang kerana kata kita bersengketa

Kadang hanya kerana sepatah kata dusta
Buat kita sudah tidak percaya

Bahaya kata sentiasa mengiringi lidah yang berbicara

Kerana itu,diam itu lebih afdhal
Pada perkara yang tak perlu.

Cumanya kita manusia biasa kadang terlebih kata.
Itu mungkin yang perlu diperbaiki.

Kata-kata
Usah kerananya
Punah pahala
Terkendong pula dosa.
Na'uzubillahi min zaalik.

Mari bersama koreksi diri
Perindah kata
Seperti amalan ahli syurga.




Sunday, 26 July 2020

Warkah Buat Sahabat.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Terkadang tutur bicara kita
Ada insan yang terluka olehnya
Bicara kata mengundang luka
Luka pedih terkadang taktahu bagaimana
Taktahu bagaimana memulih luka itu

Kerana luka kita putus
Ikatan persahabatan berbelas tahun terbina utuh
Roboh begitu saja 
Jambatan persahabatan itu
Bagai sudah tiada nilai
Kosong.
Kosong sudah nilai persahabatan itu.

Kata-kataku sudah menjadi bubur
Tak upaya sudah aku memutar
Memutar masa mengalih tutur
Agar tutur itu bisa menghibur
Bukan menikam lantar menyambar
Menyambar ikatan sahabat
Terus menjadi hujan lebat
Hujan lebat di hati kerana tutur
Maafkanlah aku.

Dove,
Warkah ini buatmu.

Maafkanlah aku.
Sahabatmu Yang Banyak Dosa.

Saturday, 25 July 2020

SEMBANG KOPI:BISNES PART 3.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..

Hidup ini..bukanlah sentiasa ada mentari yg bersinar menerangi setiap langkahan kakimu..

Bukan juga hidup ini..sentiasa ada pelangi di senja hari.. 

Terkadang hujan turun di tengah hari.. 
 Disambut pula guruh dan petir sabung-menyabung..

Inilah lumrahnya insan yang berkecimpung dalam dunia bisnes.. 

Terus terang saya katakan bahawa bukanlah saya orangnya yang paling banyak pengalaman dan kredibiliti untuk mengupas topik ini.. 

Tapi saya cuba kupas.. 
Dari perspektif saya yg kerdil dan lemah ini.. 

Pada hemat saya, 
Berniaga perlukan Kejujuran. 
Kepada diri sendiri,pelanggan,dan segala apa yang berkait dengan perniagaan itu sendiri..

Semua pasti dapat tangkap,kan?
Akan apa yang saya cuba sampaikan? 

Till the next entry. 
Ma as salamah. 


TARIAN TINTA

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
Lama sudah kutinggalkan laman coretan kataku ini..
Semoga kita semua
Di dalam Rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa..
Aamiin..

Terimalah dariku sebuah puisi bernada syahdu..


Tinta menari lagi
Tapi bukan seperti biasa
Tinta kali ini bertemankan nada-nada sepi.

Di lorong tadi
Tinta melalui satu kepedihan
Yang terus tersemat di ruang qalbu.

Tinta
Aku dapat merasakan
Kepedihan yang kau simpan
Jauh dari pandangan
Seluruh insan
Di muka bumi Tuhan ini.

Tinta
Kau peganglah bait-bait kataku ini
Bahawa akan ku bawa kau
Keluar dari kepompong Kepedihan ini
Dan akanku orak langkah kaki kita
Menuju pelangi di senja hari
Akan kubuktikan!

Friday, 29 May 2020

DUGAAN (PKPB).

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian..

Alhamdulillah;setelah sekian lamanya tak mencurah kalam;

Akhirnya Allah beri juga kesempatan ini..
Untuk kumeluah isi hati..

Terkadang hati tak kuat;
Terkadang nafas pun tersedu;
Dek tangisan yang tercetus jauhh dari lubuk qalbu..

Mengapakah?

Adalah di sini
Sebuah puisi pendek
Yang telah kukarang lamaa
Tapi masih kuingat bait-bait kata
Yang masih rapi tersimpan di ruang minda..

Sudilah kiranya sahabat-sahabat membaca

Tajuk:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)

Mengutip hikmah
Adakah mudah?
Yang sukar
Pasti diganjar
Sabarlah!

Sekian dari hamba Allah yang lemah.

"Dugaan itu untuk orang yang kuat;kan?
 Tapi;aku rasa aku tak cukup kuat;"getus hati sendiri..

.Pen-Off.