Search This Blog

Tuesday, 17 September 2013

MENGAPA BERSEDIH?

ASSALAMUALAIKUM....

Tatkala kita ditinggalkan seseorang yang kita sayangi
Dan insan itu hanyalah seorang yang bergelar kekasih
Mengapa terlalu menangisi pemergiannya dalam hidup ini?
Adakah dia terlalu istimewa di hati kita
Sehinggakan kita sanggup mengalirkan air mata hanya demi dia?

Wajarkah air mata itu terus mengalir
Sedangkan kita masih dikelilingi cinta dari Yang Maha Esa
Juga dari keluarga tersayang

Hapuslah air matamu
Usah biarkan rasa sedih itu mencnegkam kalbumu begitu lama
Berilah ruang dan peluang untuk dirimu merasai indahnya hidup ini
Walau tanpa dia di sisimu lagi

Usah membenci dia
Kerana dahula kau pernah mencipta kenangan dengannya
Kerana dahulu dia pernah membuat kau mengukir senyum di bibirmu

Anggaplah ini adalah ujian dari-Nya

Biarkan dia berbahagia
Seandainya dia ingin berbahagia
Tanpa dirimu lagi

YANG PATAH TUMBUH
YANG HILANG BERGANTI




Monday, 9 September 2013

Merdekakah Jiwa Kita?

ASSALAMUALAIKUM...

Salam kemerdekaan ke-56 dari saya.MALAYSIAKU BERDAULAT:TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.Itulah tema Hari Kemerdekaan negara kita pada tahun ini.Saban tahun,kita meraikan hari kemerdekaan.Namun,adakah roh kemerdekaan hadir sama dalam sanubari kita semua?

Persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran saya ini adalah rentetan daripada sikap segelintir rakyat negara kita yang langsung tiada semangat patriotik.Malahan,dengan berkembangnya teknologi pada era globalisasi ini,ianya bertambah parah lagi nampaknya.Hal ini demikian kerana,kita terlalu disogokkan dengan budaya hedonisme yang berlebih-lebihan.Hedonisme ini lantas menjadi ikutan Generasi Y,yang rata ratanya masih muda belia.

Apakah yang diterapkan dalam budaya hedonisme?Sudah tentunya hiburan,hiburan dan hiburan.24 jam kita disogokkan dengan hiburan yang merosakkan akhlak dan minda.Adakah ini yang kita inginkan bagi memastikan kemerdekaan yang kita kecapi pada masa kini tetap terus kekal sampai bila-bila?

Belum sempat demam Gangnam Style reda,kita sudah disogok dengan Harlem Shake.Gwiyomi pula muncul selepas itu.Tidak salah seandainya kita ingin mendengar lagu lagu antarabangsa misalnya,asalkan kita tidak melupakan kewajipan kita sebagai hamba Allah.Lumrah jiwa muda inginkan hiburan.Yang penting,kita tahu membezakan antara masa untuk berhibur dengan masa untuk menjalankan tanggungjawab.

Asalkan kita tahu bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas fizikal,tetapi kemerdekaan juga adalah tentang bebas jiwa dan minda daripada belenggu anasir luar.

Tiada siapapun di dunia ini yang menolak kemerdekaan.Pandanglah kita kepada negara negara yang sedang bergolak.Seandainya tiada langsung perasaan takut akan perkara itu,renunglah ke dalam diri sendiri.Adakah hati kita sekeras batu sehinggakan kita tidak lagi takut akan peperangan?

TEPUK DADA,TANYA IMAN...

Sunday, 8 September 2013

SYUKURI NIKMAT DUGAAN

ASSALAMUALAIKUM...

Syukuri nikmat dugaan.Dugaan adalah rahmat Allah.Bukan semua insan dapat merasai dugaan sama seperti apa yang kita lalui.Memang tak dapat dinafikan lagi,bahawa kita akan merasai betapa sulitnya dugaan itu.Betapa sukarnya rintangan yang kita lalui itu hanyalah sekadar rintangan di dunia ini.Insya-Allah,syurga Allah menanti di alam yang satu lagi.

Ada orang bberkata,hidup hanya sekali.Tetapi sedarkah kita bahawa dunia ini hanyalah sekadar persinggahan untuk kita mengumpul bekalan menuju ke alam yang satu lagi.Alam yang kekal abadi,iaitu Alam akhirat.Tidakkah kita merasa teruja akan ganjaran yang akan kita perolehi seandainya kita melakukan amal ibadah semata mata kerana Allah?Tidakkah kita merasa bersyukur dengan dugaan yang Allah berikan kepada kita?Dugaan itu mungkin salah satu pemberat untuk kita menjadi penghuni Syurga.

Dalam setiap apa apapun yang kita lakukan,percayalah bahawa ada ganjaran yang menanti.Amal baik dibalas baik.Begitu juga sebaliknya.Seandainya ujian datang bertalu talu dalam hidup kita,ke manakah arah yang akn kita tuju?Adakah ujian itu akan mendekatkan kita kepada Sang Maha Pencipta,atau adakah ujian tiu nanti hanya akan memberatkan timbangan dosa dosa kita?

Hal ini demikian kerana,apabila kita bersyukur,lantas redha dengan ujian itu,pahalanya pasti akan dicatat oleh Malaikat Raqib.Tetapi seandainya kita menyalahkan takdir,bukankah perbuatan itu sama seperti menyalahkan Yang Memberi Takdir itu?Lantaran itu,Malaikat Atid pula yang akan mencatat dosa akibat rungutan kita tadi.

Oleh itu,seandainya apa yang kita rancang tidak menjadi,terimalah dengan hati yang terbuka akan apa yang telah terencana.Sebaik baik perancangan adalah perancangan Allah.

Seandainya kita tidak mendapat apa yang kita sukai,sukailah apa yang kita dapat...




Tuesday, 27 August 2013

Pintu Pintu Kebahagiaan...

Assalamualaikum...

Hidup di dunia ini pasti ada pahit maungnya.Pasti ada suka dan dukanya.Seandainya kita hidup di dunia ini sentiasa diuji,itu tandanya Allah sayangkan kita.Mengapa kita diuji?Persoalan itu akan sentiasa berlegar legar di kotak fikiran kita.Andai ditelusi sedalam dalamnya,jawapannya akan kita temui.Allah sentiasa menguji hamba-Nya untuk mengetahui seikhlas mana kita tahan terhadap ujian itu.Lumrah manusia akan kecewa seandainya jatuh ke bawah.Apatah lagi sekiranya sudah jatuh,lalu ditimpa tangga.Orang orang yang bangkit sesudah jatuh,itulah orang yang kuat zahir dan batinnya.

Pandanglah ujian itu sebagai cabaran,bukannya halangan.Waima kita sudah tidak berdaya lagi untuk bangkit,percayalah bahawa suatu hari nanti pintu pintu kebahagiaan akan kita gapai jua.Berdoalah agar Allah mengurniakan kita iman yang mantap dalam mengharungi dugaan itu.Suatu hari nanti pasti kita akan menemui pintu p[intu kebahagiaan yang telah lama kita impikan.Di sebalik pintu kesedihan yang kita harungi selama ini,akan ada pintu bahagia yang menanti.

Allah pasti bersama sama orang yang sabar.Bukankah kita diuji kerana Allah ingin Hamba-Nya merintih kepada Dia?

Pintu Bhagia itu ada di depan mata kita.Berjalanlah ke hadapan lagi.Usah putus asa.Kuatlah menghadapi dugaan itu.

CANTIKNYA UJIAN HANYA BISA DILIHAT OLEH ORANG ORANG YANG PERNAH MERASAI MANISNYA RINTANGAN YANG BERJAYA DILALUI SEBELUM INI.

Berjalan dan terus berjalanlah.
Seandainya kita tidak mampu berjalan,merangkaklah untuk hampir ke pintu bahagia itu.Insyaallah,kita akan bisa menjadi orang yang bersyukur di atas dugaan itu.