Search This Blog

Monday, 9 September 2013

Merdekakah Jiwa Kita?

ASSALAMUALAIKUM...

Salam kemerdekaan ke-56 dari saya.MALAYSIAKU BERDAULAT:TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.Itulah tema Hari Kemerdekaan negara kita pada tahun ini.Saban tahun,kita meraikan hari kemerdekaan.Namun,adakah roh kemerdekaan hadir sama dalam sanubari kita semua?

Persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran saya ini adalah rentetan daripada sikap segelintir rakyat negara kita yang langsung tiada semangat patriotik.Malahan,dengan berkembangnya teknologi pada era globalisasi ini,ianya bertambah parah lagi nampaknya.Hal ini demikian kerana,kita terlalu disogokkan dengan budaya hedonisme yang berlebih-lebihan.Hedonisme ini lantas menjadi ikutan Generasi Y,yang rata ratanya masih muda belia.

Apakah yang diterapkan dalam budaya hedonisme?Sudah tentunya hiburan,hiburan dan hiburan.24 jam kita disogokkan dengan hiburan yang merosakkan akhlak dan minda.Adakah ini yang kita inginkan bagi memastikan kemerdekaan yang kita kecapi pada masa kini tetap terus kekal sampai bila-bila?

Belum sempat demam Gangnam Style reda,kita sudah disogok dengan Harlem Shake.Gwiyomi pula muncul selepas itu.Tidak salah seandainya kita ingin mendengar lagu lagu antarabangsa misalnya,asalkan kita tidak melupakan kewajipan kita sebagai hamba Allah.Lumrah jiwa muda inginkan hiburan.Yang penting,kita tahu membezakan antara masa untuk berhibur dengan masa untuk menjalankan tanggungjawab.

Asalkan kita tahu bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas fizikal,tetapi kemerdekaan juga adalah tentang bebas jiwa dan minda daripada belenggu anasir luar.

Tiada siapapun di dunia ini yang menolak kemerdekaan.Pandanglah kita kepada negara negara yang sedang bergolak.Seandainya tiada langsung perasaan takut akan perkara itu,renunglah ke dalam diri sendiri.Adakah hati kita sekeras batu sehinggakan kita tidak lagi takut akan peperangan?

TEPUK DADA,TANYA IMAN...

No comments: