Search This Blog

Monday, 19 December 2016

LA TAHZAN.

ASSALAMUALAIKUM sahabat2 semua...

Hujan turun dengan lebatnya malam kelmarin.Dan mata ini masih belum mahu terpejam lagi.Seakan alam faham isi hati ini.Namun aku terus tersedar.Usah biarkan hati terus menangis,sederas hujan yang turun.

LA TAHZAN.INNALLAHA MA'ANA.
Jangan bersedih.Sesungguhnya Allah bersama-sama kita.

Orang kata,
Biarlah orang buat apapun pada kita.
Tapi jangan kita buat orang.

Bukankah ALLAH bersama-sama orang yang sabar?
Saat teraniaya,itu juga saat yang perlu kita syukuri.
Kerana,saat itu,pintu-pintu langit terbuka luas untuk kita.
Bukankah doa orang yang teraniaya itu tiada hijabnya?

Indah.
Ungkapan kata LA TAHZAN itu berjaya memujuk hati ini yang sedang berduka.

Dugaan yang kita lalui ini tiada bandingnya dengan dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh para rasul dalam usaha untuk menyebarkan syiar Islam yang mulia.
Betapa insan agung Nabi Muhammad S.A.W. melalui pelbagai rintangan,tohmahan,dan sebagainya.
Bahkan sehinggalah saat entri ini ditulis,ada sahaja lagi manusia bertopengkan syaitan di luar sana yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ujianku ini sekelumit cuma.
QOWIYY.
Aku perlu kuatkan semangat.
Bukankah Mukmin yang kuat itu lebih dicintai ALLAH?

Dalam Surah ar-Rahman,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan?

Tidakkah ayat ini menjadikan kita bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?
Ya,termasuklah nikmat dugaan.Dugaan pasti bersalut hikmah.

Aku bukan siapa-siapa.
Hanya insan kerdil yang ingin juga mencoret tinta buat ibrah semua yang sudi membaca.
Segala kekurangan datangnya dari diriku sendiri.
Dan kebaikan semua datang dari ALLAH.

Akhir kalam dariku,

Pandanglah sesuatu perkara dengan mata hati.
Semua yang terjadi,atas izin ALLAH jua.
Musibah yang menimpa juga.Semua atas kehendak ALLLAH jua.




No comments: