Search This Blog

Thursday, 23 August 2018

SUDAHKAH ANDA?

ASSALAMUALAIKUM sahabat2 alam mayaku sekalian...

Hari ini
Ingin saya ajukan beberapa soalan kepada saudara dan saudari sekalian.

Sudilah kiranya
Saudara dan saudari menjawab soalan saya ini.

Tak mengapa.
Tak perlu saya dengari jawapan saudara dan saudari sekalian.
Hanya jawablah setulus hati
Dan didengari di dalam hati saudara saudari sekalian.
Bolehkah?

Okay.
Soalan saya adalah.

Sudahkah saudara saudari
Mengucapkan ALHAMDULILLAH 
Di atas segala kurniaan ALLAH hari ini?
sudah?
ALHAMDULILLAH,Syukur.

Soalan kedua saya.
Sudahkah saudara saudari mengucapkan ASTAGHFIRULLAH
di atas segala kemungkaran yang kita lakukan sepanjang hari ini?
Sudah?
Syukur,ALHAMDULILLAH.

Dan.
Kali ini saya takmahu lagi bertanya soalan kepada saudara saudari sekalian.
Tapi.
Sama-samalah kita
Bertanya kepada diri kita sendiri.
Hari ini untung atau rugi agaknya
Tentang amalan yang akan kita bawa ke akhirat sana?

Dan.
Ya.
Soalan itu untuk diriku juga.

SYUKUR ALHAMDULILLAH.
ALLAH gerakkan hati-hati kita
Untuk membaca coretan yang tak seberapa ini.
Semoga ia menjadi asbab
Kita mengkoreksi diri.
Sama-sama kita berubah menjadi lebih baik berbanding semalam.

In shaa Allah.
Aamiin.


Monday, 20 August 2018

UJIAN BERSALUT HIKMAH.

ASSALAMUALAIKUM sahabat2 alam mayaku sekalian...

ALLAHU...
Seringkali diri ini diuji
Dengan ujian yang tanpa diduga.

Mungkin kerana aku berdosa
Dan mungkin ujian ini
Adalah penghapus dosaku yang telah lalu.

ALLAHU...
Terkadang diri ini tewas di landasan ujian 
Yang mungkin tampak mudah di mata yang lain.

Ya,aku tahu aku ini serba kekurangan.
Maka dari itu
Mungkin juga yang lain melihat ujianku ini
Seperti tiada apa yang sukarnya.
Terpulanglah.

Sesungguhnya hidupku
Matiku
LILLAHI TA A LA.

Apa pun yang terjadi
Semua atas izin dari-Nya.

Aku redha.

Yang dua
Takkan jadi satu
Tanpa izin-Nya.

pen-off.

Sunday, 19 August 2018

MENGEJAR AMPUNAN-NYA.

ASSALAMUALAIKUM sahabat2 alam mayaku sekalian...

Syukur ALHAMDULILLAH.
ALLAH masih izinkan saya
Menaip bait2 kata menjadi ayat
Untuk dinukilkan di dalam blog ini.

ALLAH.
Dengan udaramu aku bernafas.
Dengan tangan anugerah-Mu ini aku bekerja.
Dengan anugerah-Mu kaki ini melangkah
Dan
Aku takkan dapat mencari diri ini
Tanpa ada kaitannya dengan diri-Mu Ya Rabb.

ALLAH.
Syukur kupanjatkan pada-Mu
Atas segala kurniaan-Mu selama ini.

Sahabat.
Sedarkah kita?
Selama ini ALLAH beri terlalu banyak nikmat
Yang memang takkan terhitung banyaknya.

Dan.
Apa pula balasan yang kita beri kepada ALLAH?

Ya.
Kerana kita ini Si Pendosa.
Terlalu banyak pula dosa yang kita lakukan saban hari.

Tapi.
Jadilah kita Si Pendosa yang gemar mengejar taubat dan keampunan dari-Nya pula.

Jom.
Kita istighfar sama-sama.

ASTAGHFIRULLAH.
ASTAGHFIRULLAH.
ASTAGHFIRULLAH.

Moga terpadam titik hitam dalam hati ini.

Aamiin Y a Rabb...


Wednesday, 11 July 2018

REVIEW:CCNC PARIT RAJA-PART 1.

ASSALAMUALAIKUM
Wahai sahabat2 alam mayaku sekalian...

Hari ini saya nak review satu cc ni.
(Probably satu-satunya cc di Parit Raja ni).

Okay.
Nama diberi:CCNC branch Parit Raja.
Beralamat di No 8,Jalan Cempaka 3,Taman Bunga Cempaka Biru,86400,Parit Raja,Batu Pahat,Johor.
CCNC ni beroperasi 24 jam sehari
So kalau boring2 tak tahu nak buat apa tu...
Jemputlah datang ke CCNC ni...

Boleh main game.

Normally bebudak yang datang sini suka main game.
Dota,Black Shot,Mobile Legend,GTA 5,FIFA n ETC...
As  I am not a gamers.
Saya tak tahu laa game2 ni suma....
Tanya adik2 ni yang main game kat sini.

Tapi
Ada je budak2 perempuan yang datang cc ni.
Kadang search information...

Pendek kata,macam2 kita boleh buat kat sini...

As for myself,
Saya suka online and blogging je kat sini...

And cari information based on what I want to know.

Ok.
CC ni best tau.
Ada pakej2 yang menarik ditawarkan kepada pengunjung cc ni.

Pakej2 yang ditawarkan pun menarik.

Antaranya...

MEMBERSHIP.

member fee;minimum top up  RM2.50 PER HOUR.
Non member;RM3.50 per hour.

PACKAGES.

3 HOURS;RM6
5 HOURS;RM9
7 HOURS;RM12
12 HOURS;RM20

Okay.
Let's check it out peeps!

Tuesday, 10 July 2018

CCTV ALLAH.

ASSALAMUALAIKUM  
Wahai sahabat2 alam mayaku sekalian...

Kalaulah semua orang sedar
Bahawa kita semua dirakam oleh cctv setiap detik dan saat

Kalaulah semua orang sedar
CCTV ALLAH itu tidak pernah gagal merakam
Apa yang dinamakan perbuatan kita semua...

Dan
Klaulah semua orang sedar
Bahawa CCTV ALLAH itu sentiasa ada di mana2...

Pastinya kita semua takut nak melakukan maksiat.
Teringat pesan seorang sahabat.
Katanya:

Maksiat walaupun kecil jangan diremehkan.Maksiat tetap dosa.Kalau ALLAH tak ampun tetap derhaka.
ALLAH...

Bila kita nak insaf ni?

Dosa bertimbun bila nak bertaubat?

ALLAH...
Pesanan ini juga khas buat diriku yang sentiasa lalai dan alpa.

Ampunkan aku Ya ALLAH.

Friday, 6 July 2018

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Assalamualaikum sahabat alam maya saya sekalian...

ALLAHU AKBAR.

Topik yang saya nak kupas kali ini mungkin bakal mengguris hati beberapa pihak.

Tapi
Saya nak tegur juga.

Bukan apa.
Saya takut.
Takut ALLAH tak ampunkan dosa saya sebab tak tegur kalian semua wahai muslimah yang sentiasa kucintai lillahi Ta'ala...

ALLAH.

Macam mana saya nak cakap ye?
Dari mana saya nak mula ye?

Hurm...

Wahai muslimah sekalian.
Tolonglah berpakaian menutup aurat.
Yang sendat2 tu boleh pakai.
Tak haram pun.
Tapi pakai untuk suami je lah.
Kalau nak keluar rumah,
Janganlah kamu badan kamu saiz L,
Kamu pakai baju adik awak yang 6 tahun pulak.

Kan tak manis macamtu.

Kenapa pakai baju adik?
Tak mampu nak beli baju lain ke?
(SENTAP!!!)

Maafkan saya!

Saya mengaku.
Saya pun bukanlah baik sangat.
Saya pun ada khilaf sendiri.
Saya tak sempurna.
Semua orang tak sempurna.
Everyone has flaws in their life.
I admit it!

Sekali lagi saya mintak maaf ye.

Maaffkannn saayaaaaaaaaa....

Okeylah.
Maghrib pun nak masuk dah.

Pen-off dulu lah ya.

Tapiiii
Ingat pesan saya ya awak2 yang manis semua.

Makin manis awwaakkk awwaaakkk semua kalau berpakaian mengikut syariat.
In Shaa ALLAH...
Sama-sama kita berubah ke arah kebaikan ya...




Thursday, 5 July 2018

NILAI BERSIH.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian...


Hari ini saya nak kupas topik berkaitan kebersihan.
Di atas ini adalah hadith tentang kebersihan.

Yang membawa maksud...
KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Ya,kata-kata ini keluar dari mulut Nabi sanjungan kita semua,Nabi Muhammad S.A.W.

Bercakap mengenai kebersihan,pasti terbayang di benak kita akan indahnya orang-orang yang menjaga kebersihan.
Smart.Neat.Tidy je.
Kan sedap je  mata  memandang.

Kalau kita sendiri lah.
Pergi tandas awam.
Nak2 kat RnR atau kat Petronas.
Kan lapang dan tenang je hati nak lepas hajat.

Berbanding kita pergi ke tandas awam yang lain.

Even kena bayar 50sen pun,tetap tak bersih.
Tak bersih satu hal.
Ini dengan vandalisme dia lagi...

ALLAH
ALLAH
ALLAH

Saya masih tertanya-tanya dalam diri sendiri lagi.

Kenapa orang tak aware tentang kebersihan ye?

Please dear reader.
Saya nak pesan sikit ni.

TOLONGLAH JANGAN JADI SEORANG YANG PENGOTOR!
I cannot go la dengan orang yang pengotor ni.
Geli I...

Erm.
Apa lagi nak bebel ni ye.
(Sedar pun diri tu suka membebel)
Hahahhhaaa(Gelak jahat dalam hati)

Okay.
Bertitik tolak dari apa yang saya (bebelkan)tadi,
Saya nak pesan lagi satu.

Please.
DO NOT LITTER.

Tolonglah jadi warganegara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Nak buang sampah,cari tong sampah.
Jangan buang sesuka hati.

Cuba tengok negara maju yang lain.
Diorang ni ada kesedaran untuk menjaga kebersihan tau.
Takkan nak kena saman orang yang buang sampah merata-rata dulu kot,baru ada rasa takut nak buang sampah merata-rata?

MINDSET sangat..

Baiklah.
Till we see each other with another topic ya dear readers.

Ma as salamah.
Wa ilal liqa'.





DISIPLIN KUNCI KEJAYAAN-Part 1.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian...

DICIPLINE.

I thought that I also have(some)credibility to tell you bout this topic.Since I was THE LEADER OF DICIPLINARY EXCO when I was studying at Selandar Integrated School(SISME),Melaka years ago.Yet I was taught to be a prefect that have dicipline in my life.

Hamboiiii...
Terspeaking pulak saya kali ni...

Erm..Tapiiii....

Tak salah,kan?
Hehehhhheeee,....sesekali jer ni nak tunjuk bakat penulisan dalam Bahasa Inggeris.

Orait.

Sambung cerita tentang disiplin.

Hurm....

Macam mana villagers children(children-lah sangat) ni boleh jadi Naib Exco Disiplin pulak ni?

Hahahhhaaa...

Good question.

Jawapan saya senang je.Dah takdir ALLAH nak bagi sedikit bakat kepimpinan dalam diri ini...

Dik.I tell you something.
Disiplin tu asas kejayaan tau.
Percaya tak nasihat akak ni?
Erm...terpulang.

Tapi jangan cakap akak tak payung tau.

Hahahahhhaaaa....

Orang yang berdidiplin.Campaklah ke Antartika ke...Gunung Everest ke...
Mana-mana tempat pun lah dalam dunia ni....
In Sha ALLAH dia boleh survive.

This is the hiperbola ya guys.

Okay.
Last but not least.
Saya sebenarnya telah dididik oleh mak dan abah untuk berdisiplin sejak kecil lagi.
So,its not a big deal untuk melatih diri orang lain untuk berdisiplin jugak
kan...


Nampaknya sampai di sini sajalah entry saya pada kali ni...

Till teh next episode.
Smile always peeps!


End Of Part 1.


Wednesday, 4 July 2018

MENGGAPAI MARDHATILLAH.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian...

Menggapai mardhatillah.

Erm...apa maksudnya tu?

Baik.Hari ini saya nak kupas tentang redha Allah terhadap kita.

Menggapai mardhatillah itu adalah menggapai redha Allah.

Saya ni bukannya pakar sangat dalam istilah Bahasa Arab ni.
Tapi...
Saya kupas ikut pemahaman saya lah ye.

Lets check it out my dear readers.

Kita hidup ini hanyalah untuk mengumpul bekal ke alam akhirat nanti.
Dunia ini hanya tempat persinggahan.
Maka dari itu,kita sebagai orang Islam.Hendaklah sentiasa mendambakan Syurga abadi.

Macam mana nak masuk Syurga?
Ternyata banyak usaha perlu dilakukan.
Istiqamah dalam mengamalkan agama.
Istiqamah memperbaiki diri dari kurang elok kepada lebih baik.
And so on.
So many things to jot down if I tell you one by one.

I just jot down some of them.
But surely you guys faham,kan?
Apa yang saya cuba sampaikan ini?

Kita ni kalau nak ALLAH redha pada kita...
Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki diri.
Ikut suruhan ALLAH.
Jauhi larangan-Nya.


Menggapai mardhtillah.
Pasti banyak mehnah.
Tak mengapa...
Demi redha ALLAH.



Thursday, 28 June 2018

PENYAKIT WAHAN.

Assalamualaikum sahabat2 alam mayaku sekalian...

WAHAN.
Takut mati cinta dunia.

Wahan adalah sejenis penyakit.
Penyakit yang membawa padah.
Sesal dunia akhirat.

Hurm...
Saya ni bukanlah pandai sangat bab2 istilah dan penerangan tentang wahan ni.
Tapi.
Saya cuba kupas mengikut pemahaman saya ya.

Andainya ada sebarang kesilapan.
Mohon tegur yaa...

WAHAN.
Macam mana nak detect penyakit ni ya?

Kala kita terlalu obses dengan dunia.
Obses mengejar kekayaan.
Obses mengejar pangkat dan gelaran.
Sehinggalah langsung tiada ingat mati itu pasti.
Langsung tidak ingat untuk beramal.
Langsung tak mahu bersedekah.
Nak mengumpul harta dan wang sehingga berkepupuk-kepuk tujuh keturunan tiada habis.

WAHAN-lah tu.

Teringat sebuah lagu dari kumpulan Rabbani.
 Bit-bait liriknya begini.

Mana milik kitaTidak ada milik kitaSemua yang adaALLAH yang punya.

Tidak ada milik kita 
Semua milik ALLAH.

Tapi kenapa taknak tolong orang susah?
Kenapa kena pentingkan diri sendiri?

Kalaulah WAHAN ni menular membarah dalam masyarakat kita.
Parahlah nanti.

Agaknya...
Readers semua faham kan?
Apa yang saya cuba sampaikan ini?

Untuk penerangan selanjutnya
Bolehlah bertanya kepada yang lebih pakar yaa...

In Sha ALLAH...
Semoga  entry ini bermanfaat hendaknya.

Wednesday, 27 June 2018

SEMBANG KOPI-BISNES PART 3.

Assalamualaikum sahabat alam mayaku sekalian...

Sembang kopi-Bisnes Part 3.

Wah...
Bersawang blog ni.
Banyak betul spider kat blog ni.
Haha...

Since I am too busy making preparation to celebrate Eid Day...
Tu lah yang bersawang tu blog ni.

I am sorry my dear readers.
I am too busy handling my own business.

(Alasan je tu.JANGAN PERCAYA!)

Haha...

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan.
What is actually I am selling of?

Tadaaaa...
Lets check-it out my dear readers.

I am a baker.
I sell cakes.

Kek Sarang Semut.
Kek Marble.
Kek Span Pandan.
Kek Span Coklat.
Kek Pisang.
Cheese Kut.

And the latest product.
Popia Cheese.

Alhamdulillah.
Syukur sangat-sangaaaaaaattttt!

Raya ni.
Dapat beli tudung idaman 3 helai.
Wedges Fabiano Ricco sepasang.(Sape kate murah.Terpulang.)As it is my favourite brand.Haha...
Dapat beli .....
(Dirahsiakan.Its too private.)

ALHAMDULILLAH...
Syukur sangat-sangaaaaaattttt!

Ha...
Kan saya dah pesan.
Banyak-banyakkan bersyukur.
Nanti ALLAH akan tambahkan nikmat-Nya.

Dan.
Senjata Orang Mukmin dalam berniaga khususnya.

SOLAT DHUHA.

Jomlah sama-sama amalkan.
In Shaa ALLAH.

Okey.
Berbalik kepada bisnes saya tu.

Sebarang pertanyaan sila whatsapp nombor saya ya.

013-7739353
013-7739353
013-7739353

Okeylah...

Till the next part.
End of Part 3.

AKU ANAK KAMPUNG -PART 1.

Assalamualaikum sahabat alam mayaku sekalian...

Ya,aku mengaku.
Aku anak kampung.

Anak kampung?
Ya!

Mindset.
Budak kampung.
Mesti kolot ni.
Out-dated.
Miskin.

Dan itu adalah mindset orang yang memakai kanta mata negatif.

Weyh.
Sekarang zaman Information Technology kot.

Sebenarnya.
Kau yang kolot.
Sebab melabel orang dengan mindset negatif itu.

Dan sekali lagi.
Aku mengaku.
Aku anak kampung.

Kenapa?
Malu nak mengaku ke?

Best weyh duk kampung.
Aman.
Damai.
Dikelilingi pepohon hijau membekalkan oksigen segar.

Best weyh duk kampung.
Ada sungai yang mengalir airnya terus ke laut.
Permainyaaaaaa...

Hurm...
Apa lagi yang best duduk kampung ye?
Time raya takpayah cakaplah betapa indahnya suasana di hari raya.
Sanak saudara kunjung-mengunjungi rumahku syurgaku.
Ketupat dianyam sedia untuk dinikmati di pagi raya.

SYUKUR.
AKU ANAK KAMPUNG.


End of Part One.



Tuesday, 26 June 2018

KE MANA PERGINYA WANGMU?

Assalamualaikum semua...

KE MANA PERGINYA WANGMU?

Makan di kedai hipster.
Sepinggan lamb chop berharga rm20.

Pergi ke warung biasa.
Di kaunter ada tabung anak-anak yatim.

Agak-agaknya...
Kita rasa keberatan tak..
Nak bersedekah rm20 untuk anak-anak yatim?

Tak salah pun makan di kedai hipster.
Makan lamb chop berharga rm20.

Cuma di sini
Saya buat perbandingan.
Untuk diri sendiri
Kita sanggup berbelanja lebih.

Tapi untuk bersedekah
Terasa besar sangat nilai rm20 tu.

Harta yang diinfakkan ke jalan Allah.
Itulah harta sebenar kita di akhirat nanti.

Apa dikejar kaya dunia
Andai wang tidak langsung diinfakkan ke jalan Allah?

Tak salah jadi kaya.
Cuma yang ruginya
Kaya tapi bakhil..

Ingatan untuk diri sendiri juga
Agar lebih bersikap pemurah.

Allah angkat darjat orang yang pemurah..

Bersedekahlah...

Sedekah dan berinfak ke jalan Allah
Akan menyucikan harta kita.

Sucikan hati
Mari jadi insan yang bermanfaat untuk masyarakat...

Sama-sama muhasabah...

Sunday, 24 June 2018

#syukurselalu.

Assalamualaikum semua...

#syukurselalu

Terkadang kita hanya perasan
Apa yang orang lain miliki.

Sedangkan
Apa yang kita ada
Tak pernah disyukuri.

Mungkin kita tak kaya harta
Tapi kala kau dikelilingi 
Oleh keluarga yang harmoni
Tidak kah kau mahu syukuri?

Kala ada insan lain
Diberi nikmat yang berbeza dari kita

Tidakkah kita renungi
Nikmat lain yang Allah beri?

Terlalu banyak nikmat
Kalau kau hitung pun tak terkira
Masihkah kau mahu kufur nikmat?

Syukuri nikmat
Semoga bertambah berkat.

Ucaplah Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulilah.

Manisnya kala kata syukur
Meniti indah keluar dari bibirmu.

#syukur.

Thursday, 17 May 2018

HUSNUL KHATIMAH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Seringkali hati ini terdetik
Bagaimana aku nanti di akhir kehidupanku
Semoga dalam husnul khatimah.

Aku sangat cemburu
Pada shahidnya para syuhada'
Mereka terpilih
Diambil nyawa ketika
Sedang dalam memperjuangkan Islam.

Ya Allah,
Di bulan mulia ini
Dalam Ramadhan ini
Pimpinlah hati-hati kami
Untuk mengejar kebaikan.

Marilah sama-sama
Kita hargai masa yang Allah beri
Isilah dengan perkara yang bermanfaat.

Semoga nanti 
Kita peroleh husnul khatimah.

Pengakhiran yang baik.

Aamiin Ya Rab...

Wednesday, 25 April 2018

#semangat.

Assalamualaikum semua...

Kala kita berjalan
Langkah dihayun penuh dugaan
Ranjau berduri sentiasa di hadapan
Itu semua adalah ujian.

Kita
Pencorak hidup sendiri
Pastinya dengan izin Ilahi.

Walau ranjau penuh duri
Tetaplah hadapi
Dengan penuh semangat.

Pasti satu hari nanti
Bahagia kan kita kecapi
Percayalah rezeki dari Ilahi.

#alhamdulillah
#syukurinikmatdugaan.

Wednesday, 7 March 2018

RESEPI SYUKUR.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Ingatlah Allah 
Di setiap hela nafasmu.
.
Sebenarnya.Dalam kehidupan kita sehari-hari.Dalam apa jua yang kita lakukan.Pasti ada kaitannya dengan Pencipta kita.
.
Sebagai contoh.
.
Saya suka mencuba resepi masakan yang baru.Cuba kita fikirkan.Cara masak itu sendiri.Pelbagai teknik.
Menggoreng.
Mengukus.
Membakar.
.
Itu belum lagi dengan bahan2 untuk memasak.Tidakkah dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita.Kita dapat mencipta resepi yang pelbagai?
.
Allahu...
.
Betapa Allah kurniakan akal kepada kita.Supaya kita sentiasa bersyukur.
.
Setiap hari kita diberi pilihan.Nak masak apa?
.
Semoga lidah yang merasa enaknya makanan ini.Akan basah dengan mengingati Allah juga.

In shaa Allah...
.
Sama2 kita cuba menjadi hamba Allah yang mentaati-Nya.
Aamiin...

Saturday, 24 February 2018

LUMRAH HIDUP.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...
 
Ibarat sebuah hidangan lengkap
Yang kita makan di waktu makan tengahari
Ada nasi.
Ada sayur.
Ada lauknya.

Begitulah hidup kita.
Apa yang kita alami sehari-hari
Kadang sedih.
Kadang gembira.
Kadang menangis.
Kadang tertawa.

Semua itu
Melengkapkan perjalanan hidup kita.
Sehingga tiba satu saat nanti
Kita sudah tiada lagi 
Di muka bumi ini.

Benar hidup ini sementara saja 
Maka gapailah redha-Nya
Di setiap langkah perjalanan kita.

Kucari redha Ilahi.





Wednesday, 17 January 2018

JATUH BERHIKMAH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Ternyata jatuh itu sakit
Tapi jatuh itu jugalah
Yang mengajar kita erti hidup.

Terkadang jatuh itu perlu
 Supaya nanti kita kan tahu
Bahawa untuk pelangi 
Sentiasa ada di atas kepala kita
Adalah mustahil.

Peritnya jatuh itu
Buat kita lebih kuat.

Bangkit selepas jatuh itu
Jadikan kita lebih gagah.

Terima takdir ALLAH
Agar hati redha sentiasa.

Jatuh
Bukan sia-sia
Ada hikmah di sebaliknya.

Kalaupun kerana jatuh itu
Lukanya terlalu parah
Rawatlah.

Pohonlah kepada ALLAH
Supaya kita kuat
Hadapi apa yang tersirat.