Search This Blog

Wednesday, 17 January 2018

JATUH BERHIKMAH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Ternyata jatuh itu sakit
Tapi jatuh itu jugalah
Yang mengajar kita erti hidup.

Terkadang jatuh itu perlu
 Supaya nanti kita kan tahu
Bahawa untuk pelangi 
Sentiasa ada di atas kepala kita
Adalah mustahil.

Peritnya jatuh itu
Buat kita lebih kuat.

Bangkit selepas jatuh itu
Jadikan kita lebih gagah.

Terima takdir ALLAH
Agar hati redha sentiasa.

Jatuh
Bukan sia-sia
Ada hikmah di sebaliknya.

Kalaupun kerana jatuh itu
Lukanya terlalu parah
Rawatlah.

Pohonlah kepada ALLAH
Supaya kita kuat
Hadapi apa yang tersirat.






No comments: