Search This Blog

Wednesday, 17 January 2018

JATUH BERHIKMAH.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Ternyata jatuh itu sakit
Tapi jatuh itu jugalah
Yang mengajar kita erti hidup.

Terkadang jatuh itu perlu
 Supaya nanti kita kan tahu
Bahawa untuk pelangi 
Sentiasa ada di atas kepala kita
Adalah mustahil.

Peritnya jatuh itu
Buat kita lebih kuat.

Bangkit selepas jatuh itu
Jadikan kita lebih gagah.

Terima takdir ALLAH
Agar hati redha sentiasa.

Jatuh
Bukan sia-sia
Ada hikmah di sebaliknya.

Kalaupun kerana jatuh itu
Lukanya terlalu parah
Rawatlah.

Pohonlah kepada ALLAH
Supaya kita kuat
Hadapi apa yang tersirat.






Sunday, 14 January 2018

DUGAAN ITU MILIKKU.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Tak siapa tahu
Akan apa yang berada di depan kita
Selagi kita belum mengharunginya.

Kita merancang.
Tapi,
Takdir ALLAH adalah terindah buat kita.

Terkadang
Hari ini kita bersuka ria.
Rupanya ada duka menanti esok hari.

Kita hanyalah hamba-Nya
yang selayaknya diuji.

Tidak kira suka atau duka
Apa yang kita lalui itu
Adalah asam garam dalam kehidupan ini.

ALLAH tahu kita mampu
Sebab itu ALLAH uji.

Ujian tanda kasih sayang ALLAH kepada kita.

Bersyukurlah.
Mungkin ujian yang kita harungi itu
Sekelumit cuma.

Mungkin juga ujian itu hadir
Kerana kesilapan kita sendiri
Yang terkadang banyak khilaf dan silapnya.

Ya ALLAH
Semoga kau datangkan ujian ini
Untuk menghapus dosa silamku.

Semoga kita semua
Sentiasa dalam rahmat
Dan kasih sayang ALLAH hendaknya.

Aamin.